HOMEOPATHY DAN RAWATAN ALTERNATIF

Isnin, Disember 26, 2011

TEMUBUAL BERSAMA RADIO IKIM

SAYA AKAN MENJADI TETAMU DALAM  SEGMEN TAJAAN MAGNETI AURA DI RADIO IKIM  ,

TARIKH        :   29 HB DISEMBER 2011
HARI             :   KHAMIS
MASA           :   2.30 PETANG
TAJUK          :  RAWATAN SARAF BERSAMA MAGNETIC AURA

KENANGAN BERSAMA JAMAL ABDILLAH

                                                  
MAJLIS MAKAN TENGAH HARI BERSAMA PESAKIT DAN TURUT DIMERIAHKAN OLEH ARTIS LAGENDA ABANG JAMAL ABDILLAH
TARIKH   :  24HB DISEMBER 2011
BANDAR TUN HUSSIN ONN, CHERAS 

Isnin, Disember 19, 2011

PETIKAN AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA

AHAD- 18HB DISEMBER 2011

Kahar bangkit selepas kemalangan



Kahar bersama Mohd Gadafi ketika melakukan rawatan di darul irsyad.


Segalanya berlaku sekelip mata. Kahar Abdul Kadir, 41 sekeluarga hampir kehilangan nyawa akibat dirempuh kereta ketika hendak melintas jalan raya.
Suasana sunyi dan gelap ketika itu tiba-tiba menjadi riuh. Kahar sekeluarga segera dibawa ke bahagian kecemasan Hospital Batu Pahat, Johor.
Walaupun peristiwa hitam yang berlaku pada 25 Januari 2009 itu tidak dapat dilupakan Kahar, dia tetap bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat.
Bercerita lanjut tentang kemalangan itu, Kahar sekeluarga balik ke kampung untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Ketika hendak melintas jalan raya menuju ke kereta, sebuah kereta datang dari arah kanan lalu melanggar mereka. Kemudian sebuah kereta pula datang dari sebelah kiri merempuh mereka.
Kecederaan
"Saya mengalami kecederaan di bahagian urat tangan kanan dari paras bahu hingga jari-jari. Sekembalinya ke Kuala Lumpur, saya membuat pemeriksaan lanjutan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ketika itu luka tangan saya sudah menjadi hitam. Rupanya saya juga menghidap diabetes.
Saya kemudian melakukan empat kali pembedahan termasuk menggantikan urat tersebut. Alhamdulillah tangan saya pulih tetapi masih tidak dapat menggerakkan tangan sepenuhnya seperti mengangkat barang berat," ujarnya yang ditemui di di Jalan 4/1, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pada zahirnya, tangan itu seperti tiada apa yang berlaku. Tetapi rasa sakit dan kebas kadang kala hadir.
Walaupun mendapat rawatan perubatan hopsital, Kahar masih mahu mencari sisi rawatan tradisional. Ini kerana, dia mahu memulihkan urat saraf tangannya sekurang-kurangnya mudah melakukan kerja harian.
"Menerusi salah satu ruangan Kesihatan Mingguan Malaysia, saya mengenali Pengurus Darul Irsyad, Mohd. Gadafi Mohd. Zuki. Saya melayari http;//darulirsyadblog.blogspot.com. Dari situ saya cuba mendapatkan maklumat rawatan urutan saraf dan mencuba magnetik aura," ujarnya.
Masih meneruskan pemeriksaan kesihatan di hospital, sedikit perubahan dialaminya setelah mencuba rawatan di Darul Irsyad seperti kurang kebas dan mampu menggerakkan tangannya sikit demi sedikit.
"Di hospital saya ada melakukan fisioterapi tetapi sebagai orang Islam saya mahu mencuba ubat tradisional. Sekurang-kurangnya saya mahu memperbaiki stamina diri. Misalnya, magnetik aura yang hanya disapu di nadi, memberi saya tenaga. Jadi, gabungan moden dan tradisional sebenarnya penting untuk memperolehi kesihatan yang sempurna. Apa yang perlu, pilih rawatan yang tidak disalah guna dan memudaratkan diri," ujar pesara tentera ini.
Dalam pada itu, sebagai pesakit diabetes, Kahar menjalani pemeriksaan kesihatan setiap bulan di hospital. Dengan penjagaan pemakanan dan gaya hidup yang sihat, Kahar mahu bangkit dan pulih seperti dahulu.

 KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN URUTAN SARAF MENGGUNAKAN TERAPI MAGNETIK AURA, BOLEH MENGHUBUNGI SAYA,

013-3595036   DR(H) GADAFI

Khamis, September 15, 2011

PETIKAN AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA.. AHAD 4 SEPTEMBER 2011

Keistimewaan urutan saraf


GADAFI menunjukkan cara rawatan urat. Manakala Saiful nampak tenang dan lega.


MOHD. Saiful Azhar sering mengalami kembung perut dan berangin. Mungkin tekanan kerja menyebabkan dia sering letih dan tiada masa berehat. Ini menyebabkan badannya letih dan sentiasa berangin.
Menerusi seorang rakan, Saiful mengenali pemilik Darul Irsyad , Gadafi Mohd Zuki.
Sebelum mendapatkan rawatan, Saiful bertanya pada Gadafi tentang perbezaan rawatan tradisional dan saraf.
“Urutan saraf menggunakan titik saraf manakala urutan tradisional lebih kepada daging tubuh badan kita. Sebaiknya anda melakukan refleksiologi terlebih dahulu supaya saya dapat memeriksa apa sebenar punca penyakit anda,” terang Gadafi.
Selepas melakukan urutan kaki, Gadafi mendapati perut Saiful berangin dan dia boleh membantu mengurangkan rasa sakit dengan urutan saraf pada perut.
Tanpa mengambil masa yang lama, Saiful bersetuju. Dia mendapati ada kesan positif.
Berminat dengan urutan saraf, Saiful mengambil keputusan belajar di Darul Irsyad.
Selepas beberapa kali menghadiri kelas, Saiful mendapati dia boleh mencari titik saraf dan melakukan rawatan sendiri.
Sekarang dia lebih bertenaga dan segar walaupun bebanan kerja di pejabat masih sama seperti dahulu.
Melegakan kesakitan
Menurut Gadafi, selain berehat, proses urutan dikatakan sedikit sebanyak dapat melegakan kesakitan dan sengal pada sendi.
Tidak hairanlah urut refleksiologi, tradisional dan saraf semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat.
“Urutan bermula dengan terapi pengurutan tapak kaki untuk merangsang dan mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf.
Melaluinya, ia bukan sahaja dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri, tetapi turut melancarkan perjalanan darah, menghilangkan lenguh serta melegakan tekanan,” ujarnya.
Lazimnya, apabila bercakap mengenai urutan saraf, banyak kelebihan tersembunyi yang orang ramai tak tahu.
“Ada yang kata boleh menyembuhkankencing manis. Namun secara umum, ia membantu melancarkan darah dalam badan. Sesi bergantung kepada penyakit seseorang dan rawatan masalah pesakit,” katanya.
Tambah Gadafi, urat-urat yang bengkak dan berlendir akan dipecahkan melalui urutan saraf. Misalnya, urutan kepala melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan sakit kepala.
Dengan menggunakan minyak biasa, urutan saraf sesuai untuk wanita atau lelaki untuk membantu melancarkan darah seluruh badan.
Bagi rawatan ini, Gadafi menjelaskan tiada pantang tetapi pesakit digalakkan minum air kosong.
Dalam pada itu, Darul Irsyad turut mengadakan latihan atau kursus urutan saraf mengikut titik penyakit dalam badan.
“Ramai yang menyalahgunakan urutan untuk menawarkan urutan batin. Justeru kursus yang kami sediakan dapat membantu orang ramai belajar tentang keistimewaan urutan saraf. Selain itu kami menawarkan kos rawatan RM 50 hingga RM 100 setiap sesi dan sesi rawatan bergantung kepada jenis penyakit,” jelas Gadafi yang boleh dihubungi di talian 013-3595036 atau layari melayari http://darulirsyadblog.spot.com.

PETIKAN AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA

Selasa, Jun 14, 2011

BENGKEL PEMBELAJARAN CEMERLANG









KEPADA PIHAK SEKOLAH, JABATAN KERAJAAN, BADAN BADAN KORPORAT YANG INGIN MENJEMPUT PIHAK KAMI MENGADAKAN BENGKEL PEMBELAJARAN CEMERLANG INI, BOLEH LA MENGHUBUNGI SAYA  :
                 
                        USTAZ GADAFI  : 013-3595036

Isnin, Mei 30, 2011

PETIKAN AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA ..29 MEI 2011 -ahad

PENAWAR RESDUNG






AZEAN Suhaili, 31 mempunyai masalah resdung yang serius sejak usia awal 20-an lagi. Lebih membimbangkan, dia mempunyai kulit sensitif dan jerawat yang agak serius.
Kadang-kadang keadaan ini menimbulkan ketidakselesaan kerana dia takut timbul tanda alahan seperti gatal-gatal pada wajah.
Menerusi sebuah laman web yang menceritakan tentang rawatan tradisional resdung, Azean mengambil keputusan untuk mencuba rawatan ini.
Dia menghubungi pemilik Darul Irsyad, Gadafi Mohd Zuki tentang prosedur rawatan tradisional resdung.
Gadafi memberi penerangan secukupnya dan Azean yakin untuk membuat satu temu janji pada hari berikutnya.
Hasil rawatan ini, resdung yang dihidapi Azean semakin berkurangan. Dengan penjagaan sendiri di rumah seperti menggunakan sabun pembersih wajah khas, titisan air dan menjaga pemakanan, Azean dapat mengawal masalah resdungnya. Kesan jerawat yang dialaminya kian berkurangan. Bahkan Azean lebih yakin ketika bergaul dengan orang lain.
Menurut Gadafi, resdung merupakan satu penyakit yang agak sinonim dengan orang Melayu kerana kaum itu sering dibelenggu dengan penyakit itu.
Perubatan moden menyifatkan resdung atau sinus sebagai radang atau jangkitan kuman dan alahan pada saluran pernafasan, telinga serta mulut.
Orang Melayu pula percaya ia berlaku akibat cara pemakanan terutama mereka yang selalu makan makanan laut dan belacan.
Resdung boleh membuatkan seseorang itu mempunyai nafas berbau, bersin, muka berjerawat, gatal atau bengkak di hidung, mulut dan telinga.
Simptom yang lebih teruk melibatkan nanah di telinga atau kecacatan pada hidung akibat kerosakan pada bahagian rongganya.
Pengewapan muka
Justeru, ramai yang mencari penawar atau rawatan secara tradisional .
Mungkin ramai yang tidak mengetahui asal usul perkataan resdung . Ia sebenarnya berasal daripada dua perkataan 'resah hidung' yang telah digabungkan. Resdung adalah satu keadaan di mana seseorang menjadi alah kepada pelbagai agen persekitaran seperti habuk, debu atau biji-biji debunga dan tumbuh-tumbuhan.
Bagi rawatan secara tradisional di Darul Irsyad , pengewapan muka menggunakan asap adalah antara medium paling asas selain campuran beberapa bahan herba lain.
Pengewapan atau pengasapan dilakukan agar 'hama' yang hidup di sekitar rongga wajah, keluar sekali gus mengurangkan bendalir yang menyekat saluran pernafasan.
Selepas menjalani rawatan , wajah akan menjadi lebih 'ringan', bersih dan tidak lagi mengalami kegatalan. Malah punca jerawat di muka turut hilang.
Berbeza dengan tempat lain, Gadafi menggunakan corong kecil agar pesakit tidak berasa pedih pada mata.
Rawatan diteruskan pula menggunakan titisan herba untuk mengeluarkan lendir pada hidung.
Ia mengeluarkan segala cecair yang menyebabkan rongga hidung tersumbat.
Pesakit juga boleh melakukannya kaedah titisan herba di rumah.
Selepas melakukan proses mengeluarkan lendir, wajah pesakit akan dibersihkan menggunakan sabun khas yang boleh dibeli di Darul Irsyad.
Selain menjaga pemakanan di rumah, pesakit digalakkan meminum herba khas seperti teh pahit Kabiro yang diperbuat daripada herba hutan tropika.
"Namun ia perlu diikuti dengan proses penjagaan kulit wajah yang teratur dan berpantang daripada mengambil beberapa jenis makanan seperti udang, ketam dan kerang.
Individu yang mengalami resdung selalunya berasa rimas dengan keadaan hidung yang gatal-gatal dan mata berair yang menimbulkan keadaan tidak selesa.
Salah satu langkah mengurangkan ketidakselesaan akibat penyakit tersebut adalah dengan menjalani rawatan tradisional seperti yang dilakukan di Darul Irsyad. Pesakit tidak akan pulih sepenuhnya serta merta tetapi rawatan ini mengurangkan kesan resdung dan mengawal daripada berlaku secara serius," katanya yang ditemui di di Jalan 4/1, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi , Selangor baru-baru ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai rawatan resdung tradisional, orang ramai boleh menghubungi Gadafi di talian 013-3595036 atau layari http://darulirsyad

Isnin, April 11, 2011

PETIKAN AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA ..27HB MAC 2011

Bekam - tiada lagi torehan pisau


Bekam pada kepala mengurangkan imgran atau sakit kepala.


ULIT kena toreh dengan pisau ke?" tanya jurugambar ketika Pengurus Darul Irsyad, Mohd. Gadafi Mohd. Zuki menunjukkan proses melakukan bekam di pejabatnya, di Jalan 4/1, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.
"Tak, sekarang ada teknik moden. Kita hanya menggunakan jarum (lenset) pen. Proses cepat dan selamat," ujar Mohd. Gadafi.
Apabila menyebut tentang berbekam, gambaran biasa adalah rawatan yang agak 'mengerikan'. Bahagian tertentu pada padan ditoreh dengan pisau mengeluarkan darah yang banyak memenuhi mangkuk atau cawan bekam. Tentunya berasa kesakitan selain faktor terdedah kepada risiko komplikasi penyakit lain.
Biar pun begitu, bekam sememangnya popular bagi pesakit yang mahu mencuba rawatan alternatif mungkin disebabkan kos perubatan yang semakin meningkat.
Menjelaskan berkaitan salah faham berkaitan bekam sunah kata Mohd. Gadafi, bekam adalah rawatan mengeluarkan darah dari permukaan kulit untuk pengubatan dan mengekalkan kesihatan.
Bekam juga disebut satu proses terapi untuk membuang darah kotor atau darah toksik yang terdapat pada badan seseorang tanpa menggunakan bahan kimia.
"Bekam adalah satu daripada cara perubatan yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Baginda mengiktiraf bekam sebagai perubatan yang paling baik, sama ada untuk perawatan (curative) atau pencegahan (preventive) sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Pada zaman Rasulullah SAW bekam adalah dengan menggunakan tanduk," ujarnya.
Tambah Mohd Gadafi, bekam mengalami proses kemajuan dari segi kaedah atau tekniknya sejajar dengan perubahan masa.
Pesakit boleh membuat pilihan sama ada melakukan bekam cawan atau basah, bekam angin atau kering, bekam tarik dan bekam lintah.
Malah ia juga tidak berbahaya kerana tiada lagi penggunaan torehan pisau sebaliknya kaedah tusukan dengan menggunakan pen lenset (jarum) yang jauh lebih selamat dan bersih.
Dalam rawatan berbekam, kata Mohd. Gadafi, seseorang pengamal mestilah terlebih dahulu melakukan rundingan dengan pesakit,
Ia bagi mengetahui status kesihatan pesakit, membuat pemeriksaan awal, memberitahu gejala-gejala yang bakal timbul semasa dan selepas dibuat bekam.

Sabtu, Februari 19, 2011

KURSUS PENYEMBELIHAN HALAL 2



ALHAMDULILLAH.. KURSUS HALAL 2 MENDAPAT SAMBUTAN DILUAR DUGAAN DENGAN KEHADIRAN PESERTA SERAMAI 130 ORANG
TERIMA KASIH DAN SETINGGI TINGGI PENGHARGAAN KEPADA YANG HADIR

TARIKH   :  25 FEBRUARI 2011
LOKASI   :  MASJID SAIDINA UTHMAN AFFAN BANDAR TUN RAZAK, KL
KERJASAMA :  JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
                            JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Isnin, Februari 07, 2011

PUSAT PENGAJIAN AL QURAN & IQRA' DARUL IRSYAD


AKAN MULA BEROPERASI PADA 
21 HB FEBRUARI 2011
BERTEMPAT DI :
NO 9, TINGKAT 1, JALAN 4/1A
SEKSYEN 4 BANDAR BARU BANGI
(BERDEKATAN DENGAN PETRONAS DAN SURAU JUBLI PERAK

MASA : 
8.00 MALAM HINGGA 9.15 MALAM

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG